Tuesday, August 10, 2010

Bercakap tentang masa depan

Kala kini berterusan untuk bercakap tentang niat, rancangan dan aturan masa depan. Kita melakukan ini sekiranya tahu waktu dan tarikh kita akan melakukan sesuatu

Contoh ayat

I am going to Sarawak next Saturday (Saya pergi ke Sarawak pada hari sabtu akan datang)

Azliha is buying a new car in October ( Azliha akan membeli kereta baru dalam bulan oktober)

Azman is having a party on his birthday (Azman akan mengadakan parti pada hari jadinya)

Monday, August 9, 2010

Kata penerang quite, a bit,, very, really, so

Kita boleh meletakkan kata ini di depan suatu kata sifat untuk menjadikan maksud kata sifat tersebut lebih kuat atau kurang kuat

Untuk mejadikan maksudnya kurang kuat kita gunakan kata-kata berikut :
a little, a bit,slightly - maksudnyasedikit
rather, fairly - maksudnya agak

Contoh ayat

That picture is fairly expensive, but I'm going to buy it. ( Gambar itu agak mahal tetapi saya tetap akan membelinya)

This pasta is a little salty, but it tastes OK (Pasta ini sedikit masin tetapi rasanya sedap juga)

A bit, a little dan slightly biasanya mempunyai makna yang agak negatif.

Bagi kata-kata yang membawa maksud lebih kuat kita gunakan kata-kata berikut :
very(sangat), extremely( amat sangat @ terlalu), really( benar-benar), completely, totally( sepenuhnya), absolutely(sangat @amat@sungguh), entirely(Keseluruhannya)

Contoh ayat

This scarf is extremely soft. ( Skaf ini terlalu lembut)

I am absolutely delighted that you can come to my party(Saya amat sangat gembira yang kamu boleh menghadiri majlis saya)

She was totally sure that her keys were in her bag. ( Dia pasti sepenuhnya yang kunci-kuncinya ada di dalam begnya.)

Penunjuk : this,that,these,those( Determiners)

This dan these - digunakan untuk menunjuk benda yang dekat dengan orang yang bercakap

That dan those - digunakan untuk menunjukkan benda yang lebih jauh dengan orang yang bercakap

That dan this untuk benda tunggal manakala those dan these untuk benda jamak

Contoh ayat:

This is my book( Ini buku saya)

That is her eraser(Itu pemadam dia)

These are his books( Ini semua buku-buku dia)

Those are her pencils( Itu semua pensil-pensil dia)

Saturday, August 7, 2010

Kata penghubung(linking words)

Ia digunakan untuk menyambungkan pernyataan. Contoh kata penghubung adalah : because(kerana/sebab), or (atau), although(walaupun ), too(sangat)

1.Because( kerana/sebab) - digunakan untuk memberikan alasan bagi sesuatu

Contoh ayat:

She did not come to school because she was sick.( Dia tidak datang ke sekolah kerana deman)


2.or( atau) - digunakan untuk menunjukkan ada pilihan lain

Contoh ayat:

Would you like chicken rice or pizza? ( kamu suka nasi ayam atau piza?)

3.although (walaupun)- digunakan jika ia bermaksud meskipun ada kenyataan bahawa.


Contoh ayat : They are happy although they are poor(Mereka hidup gembira walaupun miskin)

4.too- Digunakan dengan kata sifat untuk menyatakan bahawa sesuatu perkara itu mempunyai sifat yang lebih daripada yang perlu atau lebih daripada yang dapat diterima

Contoh ayat

The rain is too heavy.( Hujan sangat lebat)

Friday, August 6, 2010

Bertanya soalan

Frasa yang digunakan untuk bertanya soalan adalah seperti berikut :

1. Frasa yang digunakan untuk mengetahui kewujudan sesuatu perkara atau maklumat baru tentang sesuatu. Ia terbahagi kepada bentuk tunggal dan bentuk jamak


Bentuk tunggal

Is there a car behind the tree? ( Ada sebuah kereta ke di belakang pokok itu?)

Bentuk jamaknya

Are there ......? Perlu menggunakan kata any apabila bertanya soalan dalam bentuk ini.

Are there any post offices in this town? ( Ada pejabat pos tak di bandar ini?)

2. Untuk bertanyakan tentang pemilikan

Kita boleh gunakan Do you have got? atau Have you got?

Kedua-duanya memberikan makna yang sama walaupun Do you have lebih formal dan Have you got lebih kerap digunakan dalam bahasa Inggeris percakapan.

Have you got a new handphone? ( Adakah kamu telah miliki telefon bimbit baru?)
Has he got a new handphone?
Do you have tickets for tonight's movie?( Adakah kamu mempunyai tiket wayang untuk malam ini?)

Soalan 'wh'

Soalan 'wh' bermula dengan suatu kata tanya.

Ada sembilan kata

who - siapa
whom - pada siapa
what - apa
which - yang mana satu ( which) biasanya digunakan apabila terdapat pilihan yang terhad
atau pilihan antara hanya beberapa perkara)
whose - siapa punya
where - di mana
when - bila
why - kenapa
how - bagaimana
Kesemua kata tanya ini muncul di permulaan ayat


Contoh contoh soalan

1. Where do you live? ( Di mana kamu tinggal?)
2. What are you doing?( Apa kah yang kamu sedang buat?)
3. How do you come to school? (Bagaimana kamu datang ke sekolah?)
4. Which do you prefer? ( Yang mana satu kamu hendak?)
5. When is your birthday?(Bila harijadi kamu?)
6. Why are you late to school?(Kenapa kamu lambat ke sekolah?)
7. Who are you? ( Siapa kah kamu?)
8. To whom did you give the money? ( pada siapa kamu beri wang itu?)
9. Whose handphone is this?( Ini telefon bimbit siapa punya?)

Friday, July 16, 2010

Urutan kata dalam soalan (Word order in questions)

1. Untuk buat Soalan Ya/Tidak (Yes/No questions)

Dalam soalan yang jawapannya yes atau no, urutan kata bagi subjek dan kata bantu diterbalikkan

Pernyataan

Kamu hendak pergi kerja hari ini. (You are going to work today)

Soalan

Adakah kamu hendak pergi kerja hari ini? ( Are you going to work today)

Pernyataan

Mereka pernah ke Paris ( They have been to Paris.)

Soalan

Pernahkah mereka ke Paris? ( Have they been to Paris)

Bagi soalan dalam kala kini ( present tense) dan kala lampau selapis ( past tentse) kita perlu menggunakan kata kerja bantu do + bentuk infinitif kata kerja.

Pernyataan ( ayat dalam past tense)

Mereka telah pergi ke Caribbean tahun lepas. ( They went to the Caribbean last year)

Soalan

Adakah mereka telah pergi ke Caribbean tahun lepas? ( Did they go to the Caribbean last year?)

Pernyataan ( ayat dalam present tense)

Dia bertolak dari rumah pada pukul 7.30 pagi setiap hari. ( He/She leaves the house at half past seven every morning.)

Soalan

Adakah dia bertolak dari rumah pada pukul 7.30 pagi setiap hari? ( Does he/she leave the house at half past seven every morning?)

Pernyataan

Kamu suka kucing saya. ( You like my cat.)

Soalan

Adakah kamu suka kucing saya? ( Do you like my cat?)

Saturday, January 9, 2010

Jawapan untuk latihan-latihan

A.
1. He gave me some good advice.
2. You should follow your doctor's advice.
3. Let me give you a piece of advice.
4. What do you advise me to do?
5. You are the best person to advise me on this question.
6. He advised her taking a good rest.

Nota:

"Advice" digunakan sebagai kata nama. Perkataan ini digunakan dalam bilangan tunggal iaitu tanpa penggunaan huruf 'S'
Advices adalah salah dan tidak boleh digunakan kecuali digunakan dalam bubungan perniagaan.
"Advise" ialah kata perbuatan.

Latihan-latihan

A. Buat ayat dalam Bahasa Inggeris

1. Dia memberikan saya nasihat yang berguna
2. Kamu mesti patuh pada nasihat doktor
3. Saya akan memberikan kamu satu nasihat
4.Apakah yang kamu nasihati saya untuk bertindak?
5. Dalam hal ini, kamu ialah orang yang terbaik untuk menasihati saya.
6. Dia menasihati wanita itu supaya berehat.