Sunday, May 5, 2013

Adverba (Adverb)

Memerihalkan tindakan kata kerja. Apabila kita mahu mengatakan cara seseorang melakukan sesuatu, atau cara sesuatu berlaku kita menggunakan adverba Contoh ayat : She sang quietly. Dia menyanyi dengan senyapnya. The ran quickly. Mereka berlari dengan lajunya. Lihat perbezaan antara adverba dengan kata sifat(adjective) Asri had a quick meal. Kata sifat quick memerihalkan kata nama meal Asri ate quickly. Adverba quickly memerihalkan tindakan yakni cara Asri makan. banyak kata sifat boleh dijadikan adverba dengan menambah -ly bad - badly loud - loudly quiet -quietly beautiful -beautifully fluent - fluently sudden - suddenly Kata sifat yang berakhir dengan -y dijadikan adverba dengan menbuang y dan menambah -ily angry -angrily hungry -hungrily Kata sifat yang berakhir dengan -e dijadikan adverba dengan membuang -e dan menambah -ly : terrible - terribly sensible - sensibly Sesetengah adverba mempunyai bentuk yang sama seperti kata sifatnya early fast late hard Sesetengah adverba tidak malar good - well

Apa perasaan anda hari ini ( Feelings)

Adverb of Frequency ( Menunjukkan kekerapan)

Saturday, April 6, 2013

Modal Verbs

can, could, may ,might, shall, should, will, would, must, ought to, used to, need Perkataan selepas 'modal verbs' mesti dalam bentuk asasnya. Contoh: She can see the car. I could catch the cat.

Saturday, April 7, 2012

I'm back

Begitu lama teacher berhenti memasukkan bahan dalam blog ini. Sedar tak sedar dah setahun lebih berlalu tanpa apa post. Kali ini cikgu share dengan semua orang cerita tentang orang yang boleh berbahasa inggeris. Selepas membaca cerita cikgu diharap anda semua akan lebih bersemangat dan tekun untuk meneruskan usaha-usaha dalam mempelajari BI.

Ceritanya begini. cikgu telah in charge dalam debate (bahas BI) selama 6 tahun berturut-turut. Antara pelajar-pelajar yang terlibat adalah Nurul Ezzah, Mark, Naima, farid, Visnu, liyana jasmine, Khairunnisa, Shafiq, Nornabila dan ada nama-nama yang cikgu tak inggat lagi. Maaf ye ingatan cikgu agak lemah. I am very proud of all of them who took part in the debate. They really had impressed.

Farid merupakan seorang yang low profile di sekolah lamanya. Debate telah mengubahnya menjadi orang yang petah bercakap sampai ada guru yang mengelarnya lawyer. Cikgu sendiri macam tidak percaya Farid begitu berani dan yakin mematahkan hujah-hujah pihak lawan.
Farid sekarang berada di UIA melanjutkan pelajaran dalam TESL. Farid memang nak jadi guru BI.

Naima pula kat UKM tahun akhir. Dia masih contact cikgu dan setiap kali berhubung dia masih bercakap bahasa inggeris dengan cikgu walaupun dia bertudung labuh.

Yang terbaru tentang Liyana Jasmine yang datang memgambil anugerah sempana mendapat keputusan yang baik dalam SPM. Sewaktu bertemu Liyana tidak henti-henti mengucapkan terima kasih pada cikgu kerana membimbingnya dalam debate. Dia boleh bercakap dalam BI dan mendapat gaji yang jauh lebih tinggi daripada orang yang tidak boleh berbahasa inggeris.
Apa yang cikgu lakukan sekadar memberi tunjuk ajar je, yang lain atas kemahuan dan dayausaha mereka sendiri untuk menggunakan BI. Ayuh anda semua buat lah sesuatu untuk boleh bercakap bahasa ini. Jangan berfikiran sempit dengan mengatakan ini bahasa penjajah. Kalau kita berfikiran macam tu memang susah nak maju ke depan malah ketinggalan lagi adalah.

Tuesday, August 10, 2010

Bercakap tentang masa depan

Kala kini berterusan untuk bercakap tentang niat, rancangan dan aturan masa depan. Kita melakukan ini sekiranya tahu waktu dan tarikh kita akan melakukan sesuatu

Contoh ayat

I am going to Sarawak next Saturday (Saya pergi ke Sarawak pada hari sabtu akan datang)

Azliha is buying a new car in October ( Azliha akan membeli kereta baru dalam bulan oktober)

Azman is having a party on his birthday (Azman akan mengadakan parti pada hari jadinya)