Saturday, April 7, 2012

I'm back

Begitu lama teacher berhenti memasukkan bahan dalam blog ini. Sedar tak sedar dah setahun lebih berlalu tanpa apa post. Kali ini cikgu share dengan semua orang cerita tentang orang yang boleh berbahasa inggeris. Selepas membaca cerita cikgu diharap anda semua akan lebih bersemangat dan tekun untuk meneruskan usaha-usaha dalam mempelajari BI.

Ceritanya begini. cikgu telah in charge dalam debate (bahas BI) selama 6 tahun berturut-turut. Antara pelajar-pelajar yang terlibat adalah Nurul Ezzah, Mark, Naima, farid, Visnu, liyana jasmine, Khairunnisa, Shafiq, Nornabila dan ada nama-nama yang cikgu tak inggat lagi. Maaf ye ingatan cikgu agak lemah. I am very proud of all of them who took part in the debate. They really had impressed.

Farid merupakan seorang yang low profile di sekolah lamanya. Debate telah mengubahnya menjadi orang yang petah bercakap sampai ada guru yang mengelarnya lawyer. Cikgu sendiri macam tidak percaya Farid begitu berani dan yakin mematahkan hujah-hujah pihak lawan.
Farid sekarang berada di UIA melanjutkan pelajaran dalam TESL. Farid memang nak jadi guru BI.

Naima pula kat UKM tahun akhir. Dia masih contact cikgu dan setiap kali berhubung dia masih bercakap bahasa inggeris dengan cikgu walaupun dia bertudung labuh.

Yang terbaru tentang Liyana Jasmine yang datang memgambil anugerah sempana mendapat keputusan yang baik dalam SPM. Sewaktu bertemu Liyana tidak henti-henti mengucapkan terima kasih pada cikgu kerana membimbingnya dalam debate. Dia boleh bercakap dalam BI dan mendapat gaji yang jauh lebih tinggi daripada orang yang tidak boleh berbahasa inggeris.
Apa yang cikgu lakukan sekadar memberi tunjuk ajar je, yang lain atas kemahuan dan dayausaha mereka sendiri untuk menggunakan BI. Ayuh anda semua buat lah sesuatu untuk boleh bercakap bahasa ini. Jangan berfikiran sempit dengan mengatakan ini bahasa penjajah. Kalau kita berfikiran macam tu memang susah nak maju ke depan malah ketinggalan lagi adalah.

No comments:

Post a Comment