Saturday, November 7, 2009

Kala kini selapis (Present simple tense)

Kita menggunakan kala kata kerja ini untuk bercakap tentang rutin, tabiat,situasi kekal dan hakikat umum. Dalam pernyataan ringkas seperti yang ditunjukkan di bawah, ganti nama diri(contohnya saya (I), awak, kamu(you), dia - untuk lelaki(he), kami(we) atau kata nama diikuti oleh kata kerja dan ayat selebihnya.

Contoh ayat : I cycle to school. ( Saya berbasikal ke sekolah)
Malaysia is a peaceful country. (Malaysia adalah sebuah negara yang aman)
She cuts the pineapple. ( Dia memotong nenas)

1. Bentuk pengeyaan (Affirmative form)

Kebanyakan kata kerja ditambah -s atau -es apabila digunakan bersama-sama he, she atau it.

I start work at 9.00 Saya mula kerja pada pukul 9.00
You start work at 9.00
Kamu/awak mula kerja pada pukul 9.00
We start work at 9.00. Kami mula kerja pada pukul 9.00
They start work at 9.00 Mereka mula kerja pada pukul 9.00
He finishes work at 9.00 Dia(untuk lelaki) habis kerja pada pukul 9.00
She finishes work at 9.00
Dia(untuk perempuan) habis kerja pada pukul 9.00

#Kalau subjeknya I,you, dan lebih dari seorang maka kata kerja tanpa-s atau -es. Kalau subjeknya he,she,it dan seorang sahaja maka kata kerja ditambah -s atau -es

Kata kerja am ditambah -s
ask - asks menanya
get - gets dapat
hope- hopes harap
know- knows tahu
like - likes suka
live -lives tinggal
want -wants mahu/hendak

Kata kerja yang berakhir dengan -ss.-o,-ch,-sh ditambah -es

do - does buat
go - goes pergi
miss - misses ketinggalan, merindui
teach-teaches mengajar
wash - washes membasuh
watch - watches menonton

Kata kerja yang berakhir dengan -y ditukar kepada -ies:

cry - cries menangis
fly -flies terbang
try -tries mencuba

2. Bentuk Negatif (Negative form)

Letak don't(do not) atau doesn't(does not) di depan kata kerja. Kedua-dua perkataan membawa maksud tidak.

Contoh :

I don't start work at 9.00 - Saya tidak memulakan kerja pada pukul 9.00

You don't start work at 9.00 - Kamu tidak memulakan kerja pada pukul 9.00

We don't start work at 9.00 - Kami tidak memulakan kerja pada pukul 9.00

They don't start work at 9.00 - Mereka tidak memulakan kerja pada pukul 9.00

don't digunakan untuk gantinama diri I.You. We, They dan untuk subject yang lebih daripada satu orang. Contohnya Ali and Atan don't ......................

doesn't digunakan untuk gantinama diri he, she ,it dan untuk subject yang seorang sahaja. Tiada -s,-es,ies pada kata kerja.

Contoh :

He doesn't start work at 9.00.

#kata kerja start untuk bentuk negatif tidak perlu -s kerana ada 'doesn't' di depannya

Kata kerja to have (have ,has) dan to be ( am,is,are)

Kata kerja ini membentuk kala kini selapis seperti berikut

1. Bentuk pengeyaan ( Affirmative form)

maksud have dan has = ada

I have two sisters. Saya ada 2 orang kakak.

# have digunakan dengan gantinama diri I,You, We, They dan untuk subject yang lebih daripada satu orang.

# has digunakan dengan gantinama diri he,she,it dan untuk subject yang hanya satu orang sahaja.

Maksud am,is, are = ialah,adalah

I am Malay
You are Malay
We are Malay
They are Malay

# Kalau subjeknya ramai gunakan are. Kalau subjeknya seorang gunakan is

She is Malay
He is Malay
It is Malay
The boy is Malay


2. Bentuk negatif

I don't have a sister. ( sama untuk gantinama you,we,they dan subjek yang ramai)
He doesn't have a sister.( sama untuk gantinama she, it dan subjeknya seorang)


Untuk penggunaan am, is , are tambah not selepas selepas ketiga-tiga perkataan ini.

Kata kerja ini sangat lazim dalam bahasa Inggeris. Ia digunakan dalam ayat selapis seperti ditunjukkan di sini, tetapi juga sebagai kata kerja bantu dalam ayat yang lebih kompleks.Ini akan saya terangkan semasa cikgu ajar bentuk ayat kompleks nanti.

No comments:

Post a Comment