Assalamualaikum dan salam sejahterah buat semua yang sudi mengikuti blog cikgu. Setelah 21 tahun mengajar bahasa inggeris, saya dapati ramai pelajar-pelajar yang masih lemah dalam penguasaan bahasa ini walaupun setelah 11 tahun belajar bahasa ini. Mereka mula belajar bahasa inggeris dari darjah satu hingga ke tingkatan lima. Sayang seribu kali sayang kebanyakan mereka tidak boleh menulis dan bercakap dengan betul. Cikgu dapati mereka mengalami nasib sedemikian adalah kerana sikap mereka sendiri. Mereka ambil ringan sewaktu matapelajaran bahasa inggeris diajar. Tiada kesungguhan untuk cuba memahami apa yang sedang diajar oleh guru walaupun pengajaran di selang seli dengan bahasa melayu. Kalau cikgu tidak berbuat begitu mereka lagi lah tidak faham. Kalau ikut zaman cikgu belajar dulu, tidak ada guru bahasa inggeris yang berbuat demikian. Itu cara yang sepatutnya. Tapi pelajar sekarang tidak suka pendekatan begitu. Cikgu dapati jika sekarang ni guru yang mengajar tidak guna bahasa melayu mereka lagi jadi semakin teruk. Macam cakap dengan dinding pulak rasanya. Tidak ada respon langsung.
Jadi setelah difikirkan dengan mendalam cikgu akan memberikan penerangan dalam bahasa melayu untuk memastikan pelajar faham akan apa yang diajarkan. Teringat cikgu masa cikgu belajar bahasa Arab dulu. Ustazah yang mengajar menggunakan bahasa melayu sewaktu menerangkan apa yang hendak diajarnya. Cikgu rasa boleh pakai kaedah begitu. Harap-harap blog cikgu ni boleh membantu mereka yang hendak belajar bahasa inggeris. Bagi cikgu kesungguhan itu lebih penting daripada sekadar minat sahaja.
Cikgu percaya semua orang tahu betapa pentingnya bahasa inggeris yang menjadi bahasa komunikasi antarabangsa. Dalam era globalisasi ini kita perlu tahu bahasa ini untuk maju ke depan. Tidak dinafikan bahawa banyak bahan rujukan di menara gading dalam bahasa inggeris.
Secara jujur cikgu nak beritahu apa rasanya kalau kita boleh berbahasa inggeris. Cikgu rasa ada kelebihan yang bukan semua orang ada. Semua ini cikgu perolehi hasil daripada usaha yang berterusan tanpa jemu. Jadi dengan kelebihan yang Tuhan beri cikgu perlu memberi tunjuk ajar kepada orang lain pulak. Sebagai guru kita tidak boleh lokek ilmu.Kalau anda ada apa-apa soalan boleh tanya pada cikgu. Cikgu akan membantu anda semua . Selamat belajar bahasa inggeris.
Friday, November 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment